Maklumat Pendidikan Khas
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Unit Pendidikan Khas
Fungsi
A) Penempatan dan Pertukaran Guru
Fungsi
A) Penempatan dan Pertukaran Guru
- Perlantikan, penempatan dan
pertukaran guru pendidikan khas
- Memastikan semua sekolah rendah
yang diperuntukkan Guru Pemulihan (GPM) dan Guru Pemulihan Khas LINUS (GPML)
mengikut keperluan dipatuhi. Jawatan tersebut adalah di luar norma
- Bekerjasama dengan Sektor
Pengurusan Sekolah dan Sektor Pengurusan Maklumat yang mengurus
penempatan,pertukaran dan data E-Operasi GPM dan GPML
B) Penempatan
Murid
- Membuat diagnosis
- Penempatan murid
- Pertukaran murid
C) Pembukaan Kelas - Kelas Pendidikan Khas
- Mengkaji keperluan
- Membuat permohonan
- Menyediakan kemudahan
pendidikan
- Memastikan Kelas Pemulihan Khas
tidak DITUTUP tanpa kebenaran Pengarah JPN
D) ABM dan
Perjawatan
- Perjawatan guru penolong kanan,
guru pendidikan khas
- Menguruskan kewangan - elaun guru pendidikan khas, elaun murid, PCG pendidikan khas, pelbagai bantuan.
- Memastikan jawatan Guru
Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas LINUS dilantik oleh Pengarah Pendidikan
Negeri mengikut syarat kelayakkan yang ditetapkan
E) Program Pendidikan Khas / Pemulihan
- Ko Kurikulum - Olahraga, Sukan dan Permainan, Tilawah, Kesenian dan Kebudayaan, Kem Motivasi
- Pemulihan Khas - Bekerjasama
dengan Sektor Pengurusan Akademik yang melibatkan Program LINUS di sekolah
rendah dan Program Intervensi di sekolah menengah
- Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Guru Besar
- Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan pencapaian murid pemulihan khas di peringkat daerah dan sekolah
- Menyediakan laporan berkala pencapaian Program Pemulihan Khas untuk di hantar ke Bahagian Pendidikan Khas, KPM
- Melakukan pemantauan Program Pemulihan Khas secara berkala
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada�usaha-usaha yang melibatkan inovasi dan pembangunan Program Pemulihan Khas di peringkat daerah dan sekolah
- Merancang dan melaksanakan kursus, bengkel, taklimat dan seminar untuk Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas LINUS.
- Menyokong dan membantu usaha-usaha memperkasakan Program Pemulihan Khas oleh Majlis Permuafakatan P1NCH Guru Pemulihan (M3P) dan Majlis Permuafakatan FasiLINUS Negeri Johor
- Program Outreach Negeri Johor
- Sekolah Integriti - Sekolah dalam Institusi Penjara
- Program Pendidikan Juvana dan
Banduan Muda
F) Kurikulum dan Peperiksaan
- Kursus asas dan peningkatan pendidikan khas
- Pentaksiran pendidikan khas (MLVK, SKM, Teknik, Folio, Autistik)
- Peperiksaan awam (UPSR, PMR< SPM, STPM, PKBS)
- Rancangan pelajaran individu
- Kecemerlangan akademik
No comments:
Post a Comment